Manusia & Dunia


Terkadang Mereka Hanya Pandai Berkata
Walhal Mereka Tidak Pernah Memahami

Biarlah Langit jadi Saksi
bicara aku pada ILLAhi

Monday, April 25, 2011

Sejadah Rindu

Aku bentangkan sejadah rindu buat lelaki itu...
Bersama linangan air mata duka
Dan sendu luka...Aku iringkan...
Tetap jua aku dambakan lipatan kenangan dengannya..walaupun aku sedar aku telah kecewa
Dalam setiap denyut nadi ini,
Aku sentiasa memohon agar dia kembali dan mengucapkan kata maaf kepadaku....
Setiap hari yang berlalu aku seru namanya agar dia tidak melupakan aku...
Sehinggalah aku sedar akan sebuah hakikat....
Hakikat...tentang epilog kerinduan...yang abadi..
Sebuah penyesalan mengenai suatu jihad dalam diri ini
Cuba mencari kasih yang hakiki
tentang siapa kekasihku yang sebenar...
lalu satu suara syahdu membisikkan sesuatu hingga membuat aku terkedu....terus membisu....
Atas sejadah rindu aku hamparkan untuk si sia????
Sedangkan aku lupa untuk berqiblatkan cintaMU dalam setiap solat serta doaku yang kudus...
Aduhai hati yang lalai...terlalu lemahnya iman ku selama ini..
Aku lupa pada episod ijtihad...dan terus melupakan tentang ayat-ayat cinta dari maha pencipta....
Diri ini...hati ini...jiwa ini....terus meronta sehingga aku tidak sedar...
Aku sering meminta dari MU sebuah cinta yang menyakitkan tetapi aku lupa ..padaMU ada cinta yang membahagiakan
....setiap saat dan ketika...ENGKAU memberi sepenuh rela..
Seiring hembusan nafasku..Aku ENGKAU cintai sedangkan ENGKAU aku lupai dalam setiap detik aku berdiri di sini..
Aku merayu untuk cinta yang sedikit itu?? Sedangkan aku buta pada keluasan cintaMU nan satu..
Aku tangisi pada suratan pertemuan itu sedangkan aku tidak pernahpun selami maksud tersirat lukisan MU
Sesungguhnya aku insan yang rugi..gagal dalam mengenal makna cintaMU..
Aku merajuk padaMU..kerna hubungan yang tidak kesampaian bersama dia
Sedangkan aku lupa pada nikmat rinduMU..
Aku mendesak MU agar dia kumiliki sedangkan aku lalai bahawa dengan bersamanya aku hampir tersungkur..dalam mimpi maksiat...
Inilah bukti keagungan cinta dan kasihMU..YA ALLAH..
Yang tidak mengizinkan aku terus terluka..
Cinta untuk hamba yang lemah dan naif seperti ku ini..
Patutlah aku masih sendiri rupanya cintaMU melebihi segalanya..
Aku genggam cahaya rinduMU YA ALLAHH..
Dalamnya...terdapat sebuah warkah yang mengungkapkan tentang ik’tikaf....
OH TUHAN..rupanya aku telah tersesat dan kian terlepas dari ikatanMU..
Aku semakin jauh dari pintu taubatMU....YA ALLAH
Aku hampir jatuh ke dalam lembah cinta buatan syaitan yang durjana..
Mujurlah cintaMU mampu membuka jendela hatiku untuk mengenal segala kelemahan dalam diriku ini..
Masihkah ada ruang dalam hatiMU untuk menerima hambaMU kembali???
Masih terbukakah pintu taubatMU untukku..insan yang hina ini??
Terlalu kerdilnya diri ini..
OH TUHAN...aku telah mencintai sesuatu yang tidak pasti sedangkan cintaMU adalah cinta yang begitu pasti untuk dimiliki....
Tak terhintung nilai kasih sayangMU..YA ALLAH..
Sesungguhnya....aku akui....
“ Sepatutnya aku persembahkan dahulu Cintaku pada MU ........YA ALLAHH..Sebelum aku rebahkan cinta ini pada makhluk MU...”
Moga aku dalam keredhaanMU...utuskanlah aku nota cinta di saat aku hanyut dalam syurga dunia....kerna aku tidak mahu menjadi pemujaMU yang buta...dan izinkanlah aku menghuni syurga cintaMu.


KeKASIH geLAp MU..,
Miz_REpentZeal








Sunday, April 24, 2011

Allah sedang Berbicara....

walau bibir ini sentiase tersenyum ... berbual mesra bergelak tawa bersama teman-tema
namun hati sejak semalam sedih dan merintih...
dan aku tahu Allah sedang berbicara dengan ku...sekarang ini!! 
aku sedar dugaan aku ini tidaklah besar mana jika hendak dibandingkan dengan kisah pejuang para Nabi dan Rasul dalam menentang musuh-musuh 
aku juga sedang berjuang...tetapi perjuangan aku bukan atas nama Islam...
tetapi cinta kepada seorang hamba Allah....mungkin itulah silapnya...
aku mula berubah setelah hati ini mengenalinya...dan perubahan itu alhmdulillah perubahan yang baik...(semoga berkekalan ya Allah)
namun siapa menduga lelaki yang selama ini aku harap menjadi khalifah dalam membimbing jalan hidupku kelak rupanya sedang merisik seorang wanita lain..yang lebih solehah dari diri ini...(semoga mereka bahagia)
duppp...seolah2 satu batu besar menghempap hati yang kecil ini...
dan barulah aku sedar kisah cintaku telah Allah alihkan....kepada kisah lain..
yang aku sendiri pun tidak tahu bagaimana plot nye.. (Bukan kuasaku)
kini dengan kekuatan dari Allah aku sedar yang Allah ingin aku mencariNya sendiri dan bukan mencariNya melalui seorang lelaki...
dan insyAllah....aku semakin dekat dengannyaa...amin

To.....My Future Khalifah

Lelaki idaman saya adalah seorang lelaki yang beriman
Yang hatinya disalut rasa taqwa kepada Allah
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam
Yang sentiasa haus dengan ilmu
Yang sentiasa dahaga akan pahala
Yang solatnya adalah maruah dirinya
Yang tidak takut untuk berkata benar
Yang tidak pernah gentar melawan nafsu
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menjaga tutur katanya
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya
Yang sentiasa membuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh bersifat jembalang

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menghormati ibunya
Yang sentiasa berbakti pada kedua orang tua dan keluarganya
Yang bakal menjaga kerukunan rumahtangga
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat

Lelaki idaman saya sentiasa bersedia untuk menjadi imam
Yang hidup di bawah naungan al-quran dan mencontohi sifat Rasulullah
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara
Yang menjaga matanya dari belanja
Yang sujudnya penuh kesyukuran rahmat Allah ke atasnya

Lelaki idaman saya tidak pernah bazirkan masa
Matanya kepenatan kerana penat membaca
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan
Bangunnya subuh dengan penuh kecergasan
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan

Lelaki idaman saya sentiasa mengingati mati
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibajai dan disemai
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian

Lelaki idaman saya adalah lelaki yang tidak terpesona dengan buaian dunia
Kerana dia mengimpikan syurga
Disitulah rumah idamannya
Dan dia ingin membawa saya bersama
Dialah lelaki idaman saya