Manusia & Dunia


Terkadang Mereka Hanya Pandai Berkata
Walhal Mereka Tidak Pernah Memahami

Biarlah Langit jadi Saksi
bicara aku pada ILLAhi

Saturday, January 28, 2012

Ya Allah,Jangan Izinkan aku Jatuh cinta Sebelum tiba Waktunya.


★ LELAKI ★
♥ susah utk difahami tapi senang memahami ツ
♥ susah utk menyayangi tapi mudah utk mencintai ツ
♥ susah utk memarahi tapi mudah menegur ツ
♥ susah utk setia tapi mudah bertahan ツ
♥ susah utk menangis tapi mudah tersentuh ツ

ஜ PEREMPUAN ஜ
✿ senang dipujuk tapi susah utk memujuk ツ
✿ senang moody tapi susah nak mengamuk ツ
✿ senang berleter tapi susah nak marah ツ
✿ senang jatuh hati tapi susah nak mencintai ツ
✿ senang menangis tapi susah utk derita ツ
✿ senang dimengerti tapi susah nak difahami ツ

LELAKI umpama API + PEREMPUAN umpama LILIN = Menceriakan kehidupan sesebuah pasangan ツ
kalau takde lilin..api x menyala ツ
kalau takde api..lilin x menyala ツ

Izinkan Aku Menikah Tanpa Pacaran


JODOH ITU RAHASIA ALLAH

selama kita menunggu
sekuat mana kita setia
sehebat mana kita merancang
seteguh mana kita bersabar
sejujur mana kita menerima ketentuan dari-Nya

jika Allah telah menulis jodoh kita dengannya kita tetap akan bersama dengannya
tapi, jika takdir Allah menentukan. . .yang mana kita bukan dengan dirinya kita tidak akan bersama dengannya

karena tulang rusuk dan pemiliknya takan pernah tertukar dan akan bertemu pada saat yang tepat menurut ilmu-Nya.
tiada yang "kebetulan" melainkan semuanya telah dirancang dan sebaik-baiknya rancangan adalah dari Allah.

Tuesday, January 24, 2012

Janji Allah Untuk Mereka Yang Ingin Berkahwin | ISLAM dan Blog Aku ISLAM

Janji Allah Untuk Mereka Yang Ingin Berkahwin | ISLAM dan Blog Aku ISLAM

CinTa daLam Diam

Tatkala jatuh cinta pada seseorang, ikatlah hatimu dengan seerat-eratnya. Simpulkanlah ia dengan simpulan mati yang hanya dapat dibuka saat waktunya tiba.
Sebelum mengorak langkah lebih jauh dengannya, cukuplah cintai ia dalam diam.
Kerana diammu adalah bukti cintamu padanya. Kamu ingin memuliakannya, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan terlarang. Kamu enggan mengaibkannya, dengan tidak mengajaknya berdua-duaan. [1]
Kerana diammu meletakkan sifat malunya di tempat yang sebetulnya, kerana malu itu penanda aras keimanan di hatinya.
Kerana diammu menjaga kesucian dan ketenangan hatinya, menghindar dirinya daripada perkara-perkara yang merosakkan izzah dan iffahnya.
Sebelum memulakan sesuatu yang terlarang, cukuplah sekadar mencintai ia dalam diam.
Kerana diammu adalah petanda keikhlasanmu kepadanya. Kamu tidak ingin ia memilihmu lewat rupa parasmu atau manis ayatmu, sebaliknya kerana tulus hatimu.
Kerana diammu adalah keadilanmu. Kamu mana mungkin melanggar hak-hak walinya yang terlebih dahulu mencintai ia tanpa balasan dan alasan.
Kerana diammu adalah kekuatanmu yang menguatkan dia. Kamu tidak akan sekali-kali mencari dan menggali titik-titik kelemahan yang ada di hatinya sehingga ia tersungkur dicedera rindu.
Kerana diammu adalah……. Kekuatannya! [2]
Masih ingatkah kamu akan kisah cinta Fatimah dan Ali? Kedua-dua mereka saling memendam perasaan yang mereka rasakan antara satu sama lain, dan akhirnya, mereka dipertemukan dalam syurga cinta dunia nan suci dan indah.
Boleh jadi orang yang kamu cintai itu juga adalah orang yang telah ditentukan oleh Allah SWT untukmu. Kerana dalam diammu, tersimpannya kekuatan harapan, yang menyalakan keinginanmu, dan memungkinkan Allah SWT memenuhi harapanmu sehingga ianya dapat berbicara di dunia nyata.
Bukankah Allah SWT itu Maha Hidup lagi Maha Mendengar? Sesungguhnya Allah SWT itu malu. Dia malu apabila seseorang hambaNya mengharap kepadaNya, lalu Dia menghampakannya dan meninggalkannya dalam kerugian. [3]
Tapi kiranya kamu telah berusaha berharap sepenuh hati, namun jika dia memang bukan milikmu, moga Allah SWT, merentasi batas-batas waktu, menghilangkan ‘cinta dalam diammu’ itu dan menggantikannya dengan rasa yang lebih indah, pada orang yang tepat.
Biarkan cinta dalam diammu itu menjadi memori tersendiri di sudut hatimu yang menjadi rahsia antara dirimu dengan Sang Kekasih Agung! [4]
Kerana diammu tanda tunduknya hatimu pada Sang Kekasih Agung. Sedangkan ikatan rumah tangga yang dimulai tanpa rasa tunduk dan patuh pada syariatNya tidak mungkin diredhaiNya. Dan tidak mungkin akan melahirkan generasi umat yang tunduk patuh padaNya.
Kerana diammu adalah bukti cintamu yang agung!
“Wahai Allah, jadikanlah kami orang yang tunduk patuh kepada Engkau dan jadikanlah di antara anak-anak cucu kami umat yang tunduk patuh kepada Engkau. Sesungguhnya Engkaulah Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Sesungguhnya kepadaMu sahaja kami meminta dan bergantung harap. Perkenankanlah harapan kami Ya Allah.”
NOTA SISIPAN
1.   Firman Allah SWT: “Barangkali kamu membenci membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan barangkali kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” – Al-Qur’anul Karim; Surah Al-Baqarah (2) ayat 216.
2.   Ianya boleh dianalogikan seperti antibiotik dan tubuh badan manusia. Seseorang yang sering diberikan antibiotik untuk melawan jangkitan akan menyebabkan sistem imunnya lemah dan perlu sentiasa bergantung kepada ubat-ubatan. Akan tetapi seseorang yang dibiarkan melawan jangkitan dengan sendiri tanpa antibiotik, badannya akan secara automatik menghasilkan antibodi yang kuat bagi melawanpenyakit. Justeru,sistem imunnya menjadi mantap secara semulajadi dan mengelakkan kebergantungan kepada ubat-ubatan.
Seperti hal ini, apabila kamu mendapati seseorang mulai jatuh hati padamu, jika kamu melayani perasaannya, maka ia akan sentiasa bergantung kepadamu dan hatinya menjadi lemah. Tetapi jika kamu membiarkannya melawan perasaannya sendiri, maka ia akan membentuk satu kekuatan dalam hatinya.
3.   Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Tuhanmu Maha Hidup lagi Maha Mulia. Dia malu melihat hambaNya mengangkat tangan berdoa kepadanya, lalu dia tidak memperkenankan apa-apa kepada hambaNya itu.” – Hadis riwayat Imam Ahmad, Abu Dawud, At-Tirmizi dan Ibnu Majah.
4.   Al-Imam Tahtawi r.a. di dalam hasyiyah Muraqi Al-Falah (kitab fiqh Mazhab Abu Hanifah), menukilkan perkataan daripada Al-Imam Suyuti r.a.: “Orang yang menyembunyikan perasaan rindu sebegini kepada seseorang yang dirinduinya, maka jika dia mati dalam keadaan tersebut akan mendapat ganjaran seumpama golongan syahid di akhirat.”
Wallahua’lam.

share : 

Monday, January 23, 2012

cakap apa saje

sebenarnye malam nie, aku x der bender nk ckp pun
juz datang singgah ke blog sendiri sbb dah lame x lepak
hem...byk sgt bende nk kene aku pkirkan skunk...
sbb masa makin lama makin pantas
bile aku renung sorang2 diri...
aku dah tua upenye...
ari tu ase cam muda lagi, enjoy as a student kan...
kdg2 ngumpat lectrr yg banyak kerenah...wat saiment sume
huhu..skunk nie dah tahun last, pas nie praktikum dah mule
lam masa yg sama nk kne pkir sal kajian tindakan
yelah sape yg x nk cemerlang kan...
impian tu ade tapi tu laa kudrat x sebanyak mana
p aku tahu aku kene berusaha tuk jdi cemerlang
harapan mak ayah aku perlu utamakan
aku nak diorang bangga melahirkan dan mendidik aku..
aku nak dieorang bangga ada anak cam aku..
aku x nak dieorang menangis sbb perangai hudoh aku
tapi aku nak dieorang menangis sbb kejayaan aku...


p/s :
Ya ALLAH, panjangkanlah usia orang tuaku
agar mampu aku berbakti kepada mereka
dan kumohon sepanjang hayatku ini, biarlah
aku penuhi sisa hidupku membahagiakan mereka..amin















Monday, January 16, 2012

oTak ku terbang!!!

waa kacang peace sudah sem 7
ada 1 sem lagi nk abih study..
x saba p takot pun adaa
malam nie hotak berselirat sket
sbb tengah cari bahan tuk wat thesis
tajuk dah ade p x tahu laa camane
juz wish me luck okey
sama ada tajuk tuk thesis dterima leh lectrr..

Lirik Lagu Terukir Di Bintang - Yuna

Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku coba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia

Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan… kamu…

Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa dihatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu





p/s : Kacang Peace sgt suke lagu niee

Terukir di Bintang

Langit gelap...dan malam pun tiba
ada bintang yang indah di atas sana
aku hanya mampu merenungnya
mungkin x kan bisa menggapainya

cinta di hati ini seperti tiada sudahnya
tanpa wajahnya, aku mampu tersenyum bahagia
namun sesekali dia ada dihadapan
tawa ini bertukar derita

dia yang sudah lama hilang
kini muncul kembali
dari jauh aku hanya mampu bersahaja
tetapi semakin hampir
aku mula terseksa

tidak akan ada cerita 
yang bersambung lagi
kerana dia telah dimiliki
aku juga tidak ingin 
walau hanya bayangnya

cinta yang terukir di bintang
bukan lagi bersamanya
jauh di sudut hati
aku mahu kisah baru
tabahlah duhai jiwa
dalam melalui hari2
yang sentiasa ada wajahnya...