Saya mencari
yang halal untuk dicintai
Bukan dia
atau dia yang meminta tuk dirindui
Tanpa sebarang
makna dan harapan untuk menikahi
Saya mencari
seorang khalifah yang tahu memimpin
Bukan lelaki
yang hanya pandai bermimpi
Tiada usaha, duduk
dan tidur dalam angan-angan
Saya mencari
mujahid yang teguh dengan agama
Setia menjadi
makmmun dalam jemaahnya
Bukan pemegang
rekod mengumpul wanita
Bukan juga yang
terkinja-kinja di kaki lima
Saya mencari
seorang lelaki yang hebat menawan hati ibunya
Dia tahu di
situ ada tiket syurganya
Yang kasih
pada ayahnya
Bukan lelaki
yang meninggalkan keluarga
setelah mencintai
kekasihnya
P/s : Selagi
ada lelaki soleh, semestinya masih ada wanita yang solehah ~~
No comments:
Post a Comment