Manusia & Dunia


Terkadang Mereka Hanya Pandai Berkata
Walhal Mereka Tidak Pernah Memahami

Biarlah Langit jadi Saksi
bicara aku pada ILLAhi

Tuesday, December 17, 2013

Akhirnya ...

kalaulah kamu dapat membaca apa yang aku tulis ini....
kalaulah dapat kamu memahami isi hati ini...

dan disaat ini aku telah bertekad untuk pergi jauh dari hidup kamu 
dan di saat ini telah aku bertekad untuk memberi ruang dan peluang kepada insan lain 
kerana bagiku sudah cukup lama aku berikan ruang kepada kamu 
bagi membuktikan rasa kamu 
bagi membuktikan kamu mampu mencintaiku 
namun.... akhirnya belum sampai masanya untuk kamu menjadi pemimpinku... 

bukanlah aku mencari kekuranganmu...
kerana bagiku...
aku telah memperjuangkan hubungan kita 
sehabis daya dan mampuku... 
sehinggakan di saat insan lain hadir 
bayangamu jugalah yang membuatkan aku resah 

sehinggalah suatu malam...
aku hanya datang kepadamu 
sekadar untuk bertanya khabar namun... 
engkau pula membalas dengan kata-kata tajam 
dan rupanya inilah nilai untukku..
sungguh aku terluka 

aku mohon kepada Allah 
menangis dan mengadu kepadaNya 
sehinggalah Dia memberikan aku kekuatan dan ketenangn
akhirnya aku tutup buku bersama kamu 
dan aku berikan ruang kepda lelaki itu 
insan lain yang hadirnya bukan untuk suka-suka 
tetapi dengan niat menjadikan aku yang halal baginya

maka dengan ini aku merasmikan bahawa engkau bukan yang aku nanti lagi 
akan kubuang kenangan bersama kamu jauh-jauh.... 

terima kasih atas perkenalan yang manis 
terima kasih atas bicara yang terluka 
akan ku abadikan jauh di kotak minda ini 
dan akan kututup selamanya buat kamu di sini 

yang ikhlas, aku insan terluka .... 

Sunday, December 15, 2013

Doa untuknya

Tiba saatnya aku harus pergi dari hidup kamu
maka aku akan pergi membawa hati jauh beribu batu

Tiba masanya aku perlu menjauh dari melihat kamu
Maka aku akan melangkah tanpa menoleh kamu di situ

Tiba Masanya aku mesti melupakan kamu
Maka aku perlukan kekuatan utk memadamkan kenangan itu

Aku lihat kamu mampu berdiri tanpa aku di sisi
Aku lihat kamu sudah mampu tersenyum tanpa aku di hati
Aku lihat kamu bermadah cinta tanpa ada aku lagi

Mungkin kamu sudah temui pengganti
Mungkin kamu sudah penat menunggu aku lagi
Mungkin Aku sudah tiada dihatimu kini
Mungkin aku bukan yang kamu ingini

Untuk itu... sudah masanya aku terima suratan takdir
Untuk itu... tiba saatnya aku harus pergi
pergi dari menunggu sebuah harapan yang sudah pasti
pastinya bukan untuk aku lagi..
mungkin terlalu lama untuk kamu menanti
kerana kisah kita terlalu banyak duri
kalaulah kamu mampu bersabar dan bertahan
tentunya bukan ini yang harus kita lalui

Aku percaya indah cinta pada sakitnya penantian
Aku percaya manisnya rindu pada pahitnya perpisahan
dan aku percaya andai tiada jodoh dan suratan
aku perlu hentikan semua impian dan harapan ...

p/s : lihat gambarnya dengan .... :)

Saturday, December 14, 2013

Dia dan aku

rindu pada dia yang mula menjauh 
rindu pada dia yang pernah singgah 
singgah dalam hati satu ketika dahulu 
buat aku tersenyum mengenang kamu

namun itu hanya kenangan lalu 
dan kita makin jauh 
hanya kerana berbeza tempat dan waktu
akhirnya inilah penghujung kisah

aku lihat kamu sudah berbeza 
lebih baik dri saat pertama kali bersua 
itu jalan yang kamu pilih 
aku tumpang bahagia 

p/s : semoga Allah memberikan yang terbaik :)