Beriya-iya kau katakan kau cinta setinggi gunung
beriya-iya kau laungkan aku persis bidadari anggun
Aku sengih ... sinis tersenyum... tiada bicara
rupanya engkau masih hidup dalam hikayat purba kala
rupanya engkau sesat berangan sampai syurga
rupanya aku hanyalah watak rekaan sebuah cerita
rupanya aku manusia bodoh mengharap cinta biasa
No comments:
Post a Comment