Manusia & Dunia


Terkadang Mereka Hanya Pandai Berkata
Walhal Mereka Tidak Pernah Memahami

Biarlah Langit jadi Saksi
bicara aku pada ILLAhi

Thursday, July 24, 2014

karangan darjah lima

andai dia masih ada di depan mata
andai dia masih berbicara
tentu aku sudah goyah menahan gelora
tentu aku tidak mampu berbalas kata
kerna dia seakan menikam ketenangan ..
mujurlah dia sudah pergi
dan aku mampu bersabar lagi ....

dia bukan yang terbaik ... di antara yang pernah hadir
tetapi dialah yang paling dekat .. dan paling hampir

ada saja yang tidak kena..
dari kau bergurau senda
dari kau melontar kata
dan menutur cerita
dari renungan yang mempersona
dari sebuah senyuman yang merona

apakah ini kisah hanya rasa biasa
atau aku yang sebenarnya tidak biasa

aku perlu berselindung dari semua rasa
aku tidak mahu menjadi yang pertama
memberikan ruang yang selesa
kerana aku tidak tahu apa kau rasa
mungkin bagimu ini suka-suka
sekadar cerita karangan darjah lima ...

Wednesday, July 23, 2014

kenapa awak lain?

Saya tak tahu apa kena dengan keadaan
semacam selalu saja ada yang menyakitkan

saya tak tahu apa sudah jadi pada awak
dulu awak diam membisu
tapi kini ... awak manis tersenyum
dan awak memang lain ...

tolong jangan buat saya begini
saya tahu .. hati saya kuat...
saya takuttt...
kalau awak terlalu banyak bermain dengan hati ini
saya takut awak lalu jalan mati
sebab saya x pasti
sampai bila saya boleh berdiri ..

Saturday, July 19, 2014

Untuk awak yang pernah dekat ....

untuk awak yang dulu pernah dekat ....
saya pun bukan hebat
untuk merencanakan hubungan biar jadi lekat
tetapi semuanya macam tersekat
seperti kali ini ... saya tiada lagi kudrat
untuk bertahan dan teruskan tekad ...
akhirnya saya lepaskan awak pergi
dengan sepenuh hati ini
saya relakan perpisahan di hari ini ...
agar tiada lagi tanda tanya selepas ini...
dan saya mohon mengundurkan diri...
saya ada kekuatan diri ...
moga awak juga tabahkan hati ...
saya minta maaf ... mohon awak mengerti ...

saya buat keputusan bukan suka-suka
tetapi ini semua saya pinta dari Dia DI aTAS sana ...
Dia berikan saya jalan .. suluh cahaya
sebab itu sekelip mata saya boleh lupakan awak
saya redha dengan gerak hati dan jiwa
mungkin cerita kita hanya setakat ini...
saya tahu awak masih tidak mengerti
sebab itu ... awak celaru sejak akhir2 ini
tetapi saya pun sudah penat dengan semua ini
bukan saya menyalahkan takdir mahupun mereka di sekeliling
tetapi saya yakin ada hikmah di sebalik pertemuan ini...
untuk kita mengerti apa sebenarnya erti persahabatan ..
yang lebih indah ... tanpa berakhir dengan perkahwinan...

Friday, July 18, 2014

Pray4Gaza # Pray for MH17 #

satu demi satu yang menimpa
sehingga kami tidak berdaya
melihat saja sudah cukup seksa
apatah lagi mereka ..
sedang lemas dalam derita rasa

kuasa Allah ..
Dia merancang tentu ada hikmah
bukan suka-suka untuk kita berduka
Dia Rindu dengan airmata hamba
Dia Rindu dengan rintihan di bawah purnama
Dia Mahu hambanya lebih bersatu
Dia mahu takwa hambaNya naik tingkat satu
Dia mahu lebih ramai HambaNya masuk syurga itu ...

Dunia pentas manusia sementara ..
sementara masih ada..
buatlah apa saja
kami ditindas tanpa rasa belas
tapi tidak mengapa ..
kerana agama kami terus unggul sampai bila-bila
biarpun jasad kami , kamu seksa
tapi bukan iman kami yang binasa !!
kami tuntut pembelaan di akhirat sana !!
kamilah juara ... kemenangan hakiki ... raih syurga !!

Wednesday, July 16, 2014

Boleh Jadi

Tidak sangka ..
kita mampu ketawa
kita mampu berkongsi cerita
kita mampu bergurau senda
sungguh tidak pernah aku menjangkakan semua ...

di hadapan .. ada pilihan
cuma aku tidak mampu merancang
apa-apa dan mana-mana tentang kita
dan mungkin juga ..
aku bukan dalam ilham kamu
bukan ada dalam mimpi itu
kerana itu ... ceritanya sampai disitu ..
hanya di situ sahaja...

Dia boleh jadi ....
yang baik dari yang ada
cumanya ....
dia hanya bersahaja di sana
dan aku tidak mampu buat apa

kamu... mungkin ada cerita tersendiri
tapi ada saja yang tidak kena di mata ini
akukah yang terlalu teliti ?
atau saja mencipta jarak diri ...

16/7/14 #IFTAR

Tuesday, July 15, 2014

Aku ada Hati

Aku pun ada hati
dan hati ini bukan untuk kau main-main

Aku ada perasaan
tetapi bukan untuk kau sepak terajang

Sebab bila sudah aku menarik muka
kau juga yang merana

saat itu apa pun tidak berguna
dan aku jangan kau bawa berbincang
kerana rasionalku sudah hilang !!!

bukan bidadari ..

ini lah lemah aku ...
gagal sejuk di saat sudah panas
gagal kawal di saat sudah terbabas
hanya minta dipujuk ...
tengok sejauh mana
kamu tahan aku punya rajuk

sudah dirancang beberapa kali
kenapa perlu ditunda berhari-hari
siapa yang tidak makan hati ?
siapa yang tahan lagi?
sebab aku bukan bidadari !!
mampu telan semua ini
mampu senyum bila hati dilukai !!

Monday, July 14, 2014

Hebat diri Mu

pandai kau sembunyi kan rasa
hingga aku jadi tertanya-tanya
apakah yang ada dlm jiwa
tidak berdegupkah kamu punya hati?
di saat kita saling memerhati ...

hebat kau menutur bicara
di saat ada mereka di situ
tapi bila kita tinggal berdua
kamu mula lari dari aku

jadi apakah sebenar yang kita sedang lalui?
atau sekadar angin yang singgah dan pergi??

sabar itu ada pahala

bukanlah aku mahu berkira 
tapi dia seolah tidak faham mana 
perlukah disebut satu persatu 
atau sekadar diam sunyi membisu 

Pahit... telan saja 
mungkin dia tidak sengaja 
jadi lupakan ia
dan yakin sabar itu ada pahala ...

Ini  kisah hidupku 
pena melakar ceritaku di situ 
uji sabarku tahap mana 
uji taqwaku sehebat apa 
dan letakku di mana 
di neraka ? 
atau syurga ? 

Wednesday, July 9, 2014

Dia, kamu dan Aku

Dia...
berselindung di sebalik topeng muka 
menyembunyikan pelbagai cerita 
hebat bermain dengan kata 
petah dengan segala dusta 
tapi dustanya itu tiada apa 
hanya untuk kaburkan mata ... 

Kamu ... 
sepi disebalik dinding itu 
memerhati menerusi awan biru 
apakah benar ..kamu sebenarnya di situ
atau masih terjerat dengan rasa keliru 

Aku ... 
duduk di sini... 
berselindung dan menyembunyikan diri 
tidak mahu terperangkap lagi 
sama ada dengan kamu atau dia nanti 
aku mahu pergi ... jauh dari realiti 
bukan pun aku mati ...
jika aku tiada hati ... 
jadi untuk apa masih menanti .... 

Pray for Gaza

Tidak terdaya melihat saudaraku begitu 
hancur luluh hatiku... melihat kamu terbaring lesu 
masih kecil belum tahu apa-apa 
diseksa sehingga tergadai nyawa 
aku tidak sekuat kamu.... 
apalah sangat imanku dibandingkan dengan imanmu... 

menentang musuh walau tidak berdaya 
imanmu kuat .... tidak gentar apa saja
pergi sebagai mujahid itulah kamu damba 
dan kekal slamanya... sebagai penghuni syurga .

Monday, July 7, 2014

Nakalnya mereka ...

tanganku menekan kepala
kepala pedih , sakitnya jiwa
hanya kerana mereka berlima
yang masih muda belum tahu apa-apa

aku berdiri bukan sebagai boneka
tapi sebagai pencurah ilmu dunia
kemana hilangnya hormat mereka
sehingga berani menentang mata
berbalas kata ... bebas bersuara

perlu sabar untuk lembutkan mereka
hanya mereka... mereka berlima
perlu doa untuk lenturkan jiwa
hanya mereka... mereka berlima ...

Allah... berikan apa yang perlu ...

Ramadhan ini

kali ini... seolah-olah lesu
entah apa yang sedang berlaku
akukah yang terlalu kaku
atau hebatnya kuasa nafsu ??

aku mahu jadi yang setia ke masjid
bersama-sama meraikan solat terawih
berebut menjadi makmum dihadapan
bergegas pulang utk khatam al quran

tetapi mengapa hari berlalu ...
buat aku makin tidak tahu
apakah erti ramadhan lalu
dan makna ramadhan kali ini ...
aku sesat mcari makna sendiri

hampir pertengahan ramadhan
sudah banyakkah pahala yang berhimpun ?
atau semakin tinggi dosa tersimpan?
entah... aku kalah dengan pelbagai perasaan ...

YA ALLAH ..
aku mahu menjadi hambaMu
yang hebat berdiri dan sujud padaMu
yang tidak mahu kalah dengan manjaan nafsu
yang tidak gentar dengan tidur terganggu
hanya  utk meraih berkatnya redhaMu ...

biarlah malamku tanpa mimpi yang indah
kerana lekuk dahi persembahkan tahajud

biarlah malamku tanpa angin salju
asalkan peluhku menitis dek menangis pilu
meratapi dosa dan kesalahan lalu ..

biarlah aku menangis sehingga sakitnya mataku
asalkan aku bukan yang pertama masuk disitu
bukan neraka tempat ku tuju
tapi padaMU ingin ku bertemu...

Sunday, July 6, 2014

sayang....ada ilmu tapi..

Tak perlu lah awak begitu 
saya sudah tahu
mereka pun tahu 
sampai kami dah naik jemu !! 

saya tahu awak lebih tahu 
awak lebih mahir segala ilmu 
jadi ... tak perlu segan silu 
amallah semua itu 
sayang benar rasanya ... 
ada ilmu tapi tidak guna 


Saturday, July 5, 2014

#manusiadanfitnah#

Biarlah mereka nak kata apa
itu kan mulut mereka 
nanti penat, diamlah mereka
Tapi ingat malaikat sentiasa berjaga 
24 jam , catat dosa dan pahala !!

SAYA HANYA ADA DOA


Awak luah, awak sedang derita
Awak cerita, awak sedang berduka
Dan semuanya dengan air mata
Tidak mampu saya beri awak apa-apa
Untuk mengesat awak punya air mata
Tangan kanan dan kiri ini tidak mampu
Kerana berpisah dek jarak dan waktu

Tapi saya ada doa ..
Sampai dalam sujud solat
Saya sebut nama awak
Saya minta awak kuat

Dan jika saya tiada,
Awak mesti ingat Dia
Kerana Dia beri awak syurga

Anggap itu janji awak kepada saya 

TABAHLAH SAHABATKU ..


Patah bahu memikul dek beban menggunung
menahan berat yang bertimbun
Dugaan berliku persis ombak yang bergulung  
Sehingga tidak larat mendongak ke awan biru
Walau untuk sesaat, aku tidak mampu !

Dari kecil, aku lihat kamu tersenyum
Ketawa dan menangis untuk dapatkan susu
Hingga dewasa, bertambah segaknya diri kamu
Buat aku percaya kamu akan jadi pemuda berilmu

Namun takdir Allah, siapa menduga
Aku sudah tidak kenal kamu siapa
Yang dulu hebat bermain bola
Sekarang kamu sesat , datangnya bala

Andai aku mampu untuk berkata
Bahawa dalamnya aku kecewa
Tentu kau akan menyesal
Malah tidak mampu berbicara

Andai aku mampu melakar besarnya luka
Tentu kau akan menangis meratap hiba
Dan menyesalnya kau lahir ke dunia
Menjadi manusia yang tidak berguna

Jika harga sebuah syurga itu tinggi nilainya
Aku redha gadaikan bahu dan dada
Biar patah dan merobek jiwa
Asalkan aku bukan insan hina

Dan andainya untuk menjadi penghuni syurga
Perlukan airmata seluas samudera
Aku redha, tabah,  hadapi semua

Asalkan penamatnya bukan di neraka .. 

Takut mati (Tribute MH370)


Mati boleh datang bila-bila masa
Mati muncul dalam pelbagai cara
Jika aku fikir mati sentiasa
Apa pun tidak mampu aku laksana
Dan tidak akan aku berani terbang meredah angkasa

Dan tidak akan aku digelar guru berjasa

siapa kamu?

Kalaulah aku tahu siapa diri kamu
tentu aku tidak sakit menunggu
kalaulah aku tahu bila kamu akan datang
tentu aku tidak terasa segala beban


Friday, July 4, 2014

Bonda ...

Datang lah....
bila-bila masa saja
di sini,
aku sentiasa bersedia
sebab aku bukan milik sesiapa
bukan milik kamu atau dia

Datang lah
aku turut kata bonda
sebab aku sudah tiada daya
bukan aku tidak berusaha
sudah... mcm cara
tapi bonda tidak mahu terima dia
dan aku sudah putus bicara

aku beri laluan pada bonda
biar dia carikan pula
seorang demi seorang datang bertemu mata
dan pergi tanpa berita
dan hadir dengan pelbagai cerita
yang akhirnya bukan bahagia ...

pilihan keluarga hanyalah fantasi drama cinta
nampak mudah tetapi sebenarnya sukar
dua hati berbeza dan x kenal sesiapa
mana mungkin dalam sekelip mata
mampu bersatu dan terima semua
ini zaman khayal dan berangan
tidak mudah terima kenyataan...

semuanya kerana bonda
aku akur pada jalan mu
sebab aku mahu raih bahagia
sebab aku mahu berkat dari mu

biar hati ini kadang-kadang terseksa
kerna tidak faham apa bonda mahu
tetapi aku sedapkan hati yang luka
semua ini ada hikmah yang menunggu

Thursday, July 3, 2014

Bawa Diri

Aku sebenarnya tidak suka begini
benci melayan perasaan ini
dulu pernah sekali
hati sakit kerana semua ini
dan kali ini
sekali lagi
aku jadi begini !!!

Tuhan, andai mampu aku minta
aku mahu dia jauh dariku
dan hatiku jangan ada rasa untuknya
sudah aku buang segala yang tak perlu
tapi kini seolah2 aku mula mcipta
ruang dan masa seperti dulu
salahkah aku? atau kamu??

kalau aku tahu sakitnya begini
tentu tidak aku bercakap dengan kamu
kalau aku tahu ngilunya luka ini
tentu tidak aku ikut rentak kamu

kini tengok lah... aku terperangkap lagi
mohon kamu cepat sedar
usah buat aku begini
biarkan aku sendiri
kalau boleh biar aku bawa diri !!

Wednesday, July 2, 2014

Aku Bukan Batu

Pelik... seakan dia bukan lagi insan dulu
pelik... seakan dia menjadi manusia baru
jadi apa beza dia sekarang.. dan dia hari itu?

Dia sedang senyum...
untuk siapa?
kalau bukan kepada ku
sebab tiada lagi sesiapa di belakangku
jadi aku rasa memang dia senyum padaku

Dia sedang memandang
kepada siapa?
jika bukan kepadaku
kerana apa?
aku pun buntu

Dia sedang berbalas gurau
benarkah??
ya..dia memang sedang lakukan sesuatu
dan dia memang lain dari selalu
mungkin dia mula sedar
aku bukan batu
untuk dia buat tak tahu....

Tuesday, July 1, 2014

Hujan

Basah ...  hujan itu buat aku tidak senang
basah lagi.... hujan itu makin lebat dan kencang

Hujan ... andainya mampu engkau basahkan
aku ingin hampar kan semua rasa ini
Hujan..andainya mampu engkau damaikan
aku ingin hidangkan hatiku di sini

sungguh ...
andainya aku mampu terbang dan berlari
sungguh ..
andainya aku mampu berlari tanpa henti
dan sungguh
andainya aku mampu terbang tanpa jatuh lagi

aku ingin lari dari ruang ini
ruang yang aku nampak dia
ruang yang aku dengar suara dia

dan kadang-kadang ... kami bertembung renungan sama ...
diam...sunyi... yang ada hanya rintik hujan

Dia Tak Pernah Tahu

Dulu pernah aku terpikir
apa rasa jika aku jatuh cinta pada dia
apa jadi jika aku selalu mimpi akan dia
pernah terpikir ..
tetapi tidak sanggup bermimpi

pernah aku curi memandangnya
pernah aku senyum melihatnya
tapi itu dulu.. masa aku berangan tak kira masa
dan dulu itu .. aku kira itu benda biasa

semua rasa ini... hanyalah dulu
bukan sekarang ... malah dia tak pernah tahu
dan dia tidak ambil tahu ...
sebab aku tidak pernah memberitahu
dan aku rasa itu tidak perlu
kerana semua itu hanyalah dulu...

#ujar pada bibir#