Manusia & Dunia


Terkadang Mereka Hanya Pandai Berkata
Walhal Mereka Tidak Pernah Memahami

Biarlah Langit jadi Saksi
bicara aku pada ILLAhi

Thursday, December 24, 2015

Bahagia kita

Bahagia. 

Dri apa bahagia itu diukur 
Duit yang banyak. Harta yang bertimbun? 
Atau pakai brg mewah? 

Jujur. Siapa tidak mahu semua itu kan? 

Tapi... 
Andainya diberi pilihan. 
Aku mahu bahagia ku dari ...

Kasih sayang kau yang x pernah pudar. 
Kesetiaan dan kejujuran yang kau 
hampar. 
Tanggungjawab yang kau laksanakan. 
Ilmumu memimpinku. 
Akhlakmu sebagai panduanku. 

Rezeki yang halal dari tangankaki kita. 
Kesihatan fizikal dan mental kita. 

Aku tak minta lebih. 
Asalkan ada dan ckup. 

Duit? Ak x harapkan darimu.. 

Ckuplah dirimu melindungiku. 
Sedia makan pakaiku. 
Tempatkan aku dalam hatimu. 
Teduhkan aku di bwh bumbung illahi. 

Inshaallah. Kita bahagia. 

Monday, December 21, 2015

Nota Cinta untukmu


bakal kusarungkan pada jarimu
semoga saat itu tiba tepat pada waktu

kau lah bakal imamku

pimpinlah aku dengan kelembutan
kerana aku khuatir aku akan tenggelam
jika dengan kekasaran ~~~ hancur binasa segala kebaikan

pujuklah aku di kala tangisku , rajukku
jika kau turut berdiam
maka hinalah aku sebagai permaisuri di hatimu

damaikan aku bila marahku sedang bermaharaja
jangan pernah tunding salahku sahaja
tapi usaplah bahuku sambil berkata
sayang abang bukan pemarah orangnya ....

ingatkan aku jika aku melampui batas
kerana emosi terkadang terbabas
bagai dirasuk segala kata terluah bebas

dan di malam malam sebelum terpejam mata

berbaringlah di sampingku , bisikkan kisah indah
romantisnya Rasulullah pada isterinya
teguh cinta Adam menemui Hawanya
biarlah ianya jadi panduan cinta kita

sebelum malam dengan sunyinya
berteman bintang dan bulan
maafkan isterimu ini abang
andai pernah meluka hatimu
andai tertinggi suara ku ini
andai taatmu aku ingkari

redhailah aku sebagai bidadarimu
halalkan salah dan keterlanjuran

jika malam ini malam terakhir kita
biarlah kita berakhir dengan baik baik saja

janji kita, jumpa di syurga ..

kau lah jodohku dunia akhirat ~~ semoga semoga

kita ada kesempatan untuk tua bersama
untuk jadi abah dan mama
lihat anak anak kita terdidik agamanya
membesar sebagai hamba Allah yang berjasa

~ tingginya anganku

yang mencintaimu..

Melangkah

Terkadang yang kita rancang beriya
belum pasti ianya dalam susunan ceritaNya

walau ianya begitu
kita manusia jangan sekadar membatu

melangkahlah
pasti hidup kita berubah !

Wednesday, December 9, 2015

Jodoh smpai mati


Kita jauh, jarang ada masa utk berjumpa
Sesekali, mujur ada telefon tuk dgr suara 
Betapa kisah kita tidak seperti mereka 
Bahagia yg bersulam air mata 

Sungguh.. Tidak pernah aku merasa cinta 
Dan rndu sepeti ini kepada kamu 

Tuhan, KAu perlihara cinta kami 
Jaga iman seiring batasan ini 
Semoga kekal ke jinjang pelamin 
Inshaallah mudah mudahan nanti
Kau lah jodoh sampai mati ... 


OUR LOVE STORY

Our love story just like ....

chat sembang
gaduh memanjang
dari zaman mesej 1 sen
ke whasp using mobile data

no phone call at the middle night

and the relationship suddenly
stop and we move on each other

kau kau. aku aku.

u and your own life.
me and the new one.

we planned. Allah also.
but perancangan Allah is da best among the best.

second chances waiting for us.
here we comes.

the new u. the new me.
still same name and body.
learn from old mistakes.
grab da chances. hope to change.

and pop..!!
its happen quickly.

fiance ~~~ we re engaged!
from schoolmate be soulmate.

oh mai...

tenks dear. for da love. for da sacrifice.
for da loyalty. for da sincerely...

luv u so much.
thanks to Allah.
temukan kita semula.


#mayIcalluB?
#Imalumalukucingwhenucallmesayang



Tuesday, December 8, 2015

Suatu petang

damai. tenang.

tidak ingat hati pernah terluka.
tidak ingat jiwa pernah sengsara.

Tuhan..
sungguh alam Mu buat aku lupa
lupa pada kenangan semalam
lupa pada segala-galanya.

Tuhan..
aku sayang dia.
tapi kenapa selalu saja sengketa...

Monday, November 30, 2015

sungguh

soal jodoh , siapa mampu menduga
yang selama tiada pernah kita menyangka
akan jalan cerita seperti apa , bagaimana

sungguh aku senyum sendiri
kenangkan apa yang telah aku lalui

sungguh aku ketawa lagi
kenangkan yang pergi dan berganti

Allah,

masih aku ingat bagaimana dia pernah aku cinta
tapi aku tak kuat pertahankan dia
aku biarkan dia terkapai
aku pergi tanpa fikir apa

aku biarkan begitu saja
antara rela dan terpaksa ...
mungkin kau tidak akan faham apa sebabnya
tetapi suatu hari nanti
kau akan fahami maksud dari semua ini ...

mujur Allah itu masih sayang
dia tahu kita ada lah kita
yang berjodoh dari dulu lagi

Alhamdulillah Allah pertemukan kita
kita yang sudah tak sama
matang dari usia
kita dan peluang kedua.

syukur....

Tuesday, November 17, 2015

Kisah Malam

hampir datang rasa putus asa
kerana mengenangkan utusan doa
dan harapan tuk diperkenankan Nya
masih kabur kutemu jalan keluar ...

aku tahu itu rezekinya
mungkin susahku ketika ini
tiket bahagia ku di masa depan

siapa kita tuk duga sekian cerita
sedangkan Tuhan sudah siap segalanya

cuma mungkin aku tidak sabar
dan tipis rasa ikhlas

Tuhan,
aku tak minta banyak
aku cuma harap
di saat kami diduga
kami takkan penah jadi makin jauh

kami harap ia pengerat sahaja..

Thursday, November 12, 2015

sahabat itu sahabat yang bagaimana?

Sedih kan bila ada yang hadir dalam hidup kamu
sekadar berteman untuk kepentingan dirinya sahaja
bila selesai apa yang dia mahu,
dia takkan penah peduli kau lagi.

tika itu pandai pandailah kau pujuk diri
agar tidak terlalu kecewa hanya kerana manusia seperti itu

bukan kau x pernah hidup sendiri.
sebelum ini susah senang kau tanggung tanpa ada insan disisi.



p/s :
gagahkan diri. sebenarnya kita kuat.

Saturday, November 7, 2015

saat itu


akan tiba saat itu
yang kita berdua tunggu

walau sering bertengkar soal sama
walau berselisih pandangan berbeza

namun kita tetap masih setia
masih dengan harapan berdua

inshallah 28 nov 2015
bakal catat sesuatu yang indah ...

p/s :
doakan yang terbaik.
semoga dipermudahkan segalanya.

Tuesday, October 13, 2015

SAYANG AWAK



BILA SAYA MULA SAYANG AWAK.... 

SAYA SANGAT TAKUT UNTUK KEHILANGAN AWAK

DAN AWAK SUKA MAIN MAINKAN PERKATAAN MATI 



Thursday, October 8, 2015

TIPU

Tipulah kalau lihat cincin emas itu
Dalam hati tidak bernafsu
 Tipulah kalau lihat tergantung sales itu
Kaki tidak melangkah masuk ke situ

Ya tipu.

Tapi bukan pada wanita yang beragama.
Yang sedar bahagia itu bukan pada harta.

Tetapi pandang cinta Tuhan yang utama.

Sunday, October 4, 2015

Malam ini

Malam seakan menangisi
Akan aku di sini
Yang merenung nasib diri
Apakah akan kutemui
Sinar yg dicari selama ini

Betul kata mereka
Bila terikat sebuah janji setia
Mula lah syaitan membisikkan kata
Hadirkan pelbagai rasa
Yang akhirnya buat aku tak selesa

Jangan begini duhai hati
Yakinlah satu hari nanti
Cinta itu pasti direstui

RAPUH


terkadang datang rasa
yang bila difikirkan
akan keluar air mata
yang bila dibicarakan
hilang musnah rasionalnya

terkadang aku sembunyikan diri dari kalutnya manusia
hati aku berteriak, teriak yang sakitnya mau pecah kepala

kenapa jalan aku sukar, tidak elok tersusun seperti mereka
apakah aku ini tidak layaknya rasa bahagia

oh Tuhan,
 maafkan aku yang sering mengadu domba
mengeluh seolah-olah tiada jalan keluar
padahal telah Engkau Janji pada sekalian manusia yang beriman
pada kebuntuan, kesukaran dan kegelapan
bangkitlah bertahajjud dan tadah tangan
sebut apa kau mahu , luah yang terbuku
kelak nanti ALLAH yang SETIA mendengar
akan makbulkan saat kau tidak sedar ...

TUHAN...

Friday, October 2, 2015

TAK LAGI MUDA

awak tahu kan
kita tak lagi muda
untuk bazirkan masa
dengan merajuk dan minta di pujuk

awak tahu kan
kita sudah tua
untuk bergaduh
atas sebab-sebab yang bodoh

awak tahu kan
umur kita ni patutnya lebih matang
saya faham, awak pun patut faham
cinta kita tak seperti mereka
sulam bahagia demi bahagia
sedangkan kita
jalanpun tempang

tapi saya pohon dan doa
jangan pernah abaikan rasa
jangan pernah tajamkan kata
takut nanti keluarnya air mata
akhirnya kita bermasam muka



Lembutkan jiwa yang Benci



aku tahu saat aku buat keputusan dari pilihan pilihan yang ada. 
mungkin ada hati yang terluka. 
mungkin ada jiwa yang tak suka. 
mungkin ada manusia yang taruh benci. 
mungkin ada manusia yang sakit hati. 

TAPI 

aku tak pilih suka suka. 
aku pilih kerana ini ketentuanNya. 
baik-baik saja kita doa...

Tuesday, September 15, 2015

Masa mereka mencaci, aku membenci

Mereka itu mungkin tidak memahami
Apa aku rasa dan aku lalui
Bukan tugasku untuk buat mereka mengerti
Tapi janganlah rasaku ini dicaci

Kau tidak tahu betapa sakitnya aku dahulu
Hati sekecil ini memikul benci dan keliru
Saat ini , sumpah seperti hatiku mati
Mujur hidupku masih bertuhan

Mungkin sudah terangkat doa antara kami
Aku tidak pernah menyesali malah sangat menghargai , syukuri
Betapa sakitnya aku sebelum ini
Telah Tuhan gantikan yang lebih baik

Cuma kenapa mereka terusan mengeji
Sedangkan peritnya kami yang harus lalui

Sudahlah. Penat aku fikirkan kamu.

Aku pilih ini. Jangan kau taruh benci.
Sebab manis atau pahitnya nanti.
Aku tanggung sendiri.
Aku tak pinjam hati kau untuk ini.

Maaf kawan. Ak perlukan masa menyendiri.

Kau. Aku. Kita

2012 

telah aku tekad pilih kamu. 
pahat sudah namamu dalam kalbu. 
pasang doa saban waktu. 
tidak mahu yang lain selain kamu. 
hanya kamu. 

2013 

makin aku pahatkan namamu dalam hati. 
kau dan aku mula susun janji. 
ingin sehidup semati. 

2014 

badai melanda. 
kita teruji seksa. 
aku tahu kau merana. 
kerana aku pun rasa yang sama, 
kerana gelap tiada cahaya. 
kita pilih jalan sendiri tanpa rela. 

2015 

aku dan cinta baru. 
namun Allah pinjamkan semntara waktu. 
berpisah dan aku jatuh tertikam luka. 
di saat tangan menadah pohon kekuatan
sekali lagi Allah hadirkan kamu. 
kali ini tak sama sperti dulu. 
aku capai kamu. 
tak nak tinggal lagi. 
kali ini aku akan perjuangkan sehabis dayaku. 

ini janjiku pada kamu. 

# mana nak cari lelaki seperti kamu. 
   


Saturday, August 29, 2015


UPDATE PUISI DI BLOG YANG DAH LAMA BERSAWANG 

MORE PUISI : LIKE LANGIT DI HATI ORKED (FB)