Mereka itu mungkin tidak memahami
Apa aku rasa dan aku lalui
Bukan tugasku untuk buat mereka mengerti
Tapi janganlah rasaku ini dicaci
Kau tidak tahu betapa sakitnya aku dahulu
Hati sekecil ini memikul benci dan keliru
Saat ini , sumpah seperti hatiku mati
Mujur hidupku masih bertuhan
Mungkin sudah terangkat doa antara kami
Aku tidak pernah menyesali malah sangat menghargai , syukuri
Betapa sakitnya aku sebelum ini
Telah Tuhan gantikan yang lebih baik
Cuma kenapa mereka terusan mengeji
Sedangkan peritnya kami yang harus lalui
Sudahlah. Penat aku fikirkan kamu.
Aku pilih ini. Jangan kau taruh benci.
Sebab manis atau pahitnya nanti.
Aku tanggung sendiri.
Aku tak pinjam hati kau untuk ini.
Maaf kawan. Ak perlukan masa menyendiri.
Manusia & Dunia
Terkadang Mereka Hanya Pandai Berkata
Walhal Mereka Tidak Pernah Memahami
Biarlah Langit jadi Saksi
bicara aku pada ILLAhi
Tuesday, September 15, 2015
Kau. Aku. Kita
2012
telah aku tekad pilih kamu.
pahat sudah namamu dalam kalbu.
pasang doa saban waktu.
tidak mahu yang lain selain kamu.
hanya kamu.
2013
makin aku pahatkan namamu dalam hati.
kau dan aku mula susun janji.
ingin sehidup semati.
2014
badai melanda.
kita teruji seksa.
aku tahu kau merana.
kerana aku pun rasa yang sama,
kerana gelap tiada cahaya.
kita pilih jalan sendiri tanpa rela.
2015
aku dan cinta baru.
namun Allah pinjamkan semntara waktu.
berpisah dan aku jatuh tertikam luka.
di saat tangan menadah pohon kekuatan
sekali lagi Allah hadirkan kamu.
kali ini tak sama sperti dulu.
aku capai kamu.
tak nak tinggal lagi.
kali ini aku akan perjuangkan sehabis dayaku.
ini janjiku pada kamu.
# mana nak cari lelaki seperti kamu.
Subscribe to:
Posts (Atom)